WASHINGTON: Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.
Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turki dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Anadolu.
Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, "Ini al-Quran."
Insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark dengan alasan kebebasan bersuara telah mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, "Ini al-Quran." - Gambar/ Agensi/ Media sosial
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Ceroboh masjid, dakwa suara bilal mengganggu: Wanita dirujuk ke Hospital Bahagia
Tertuduh didakwa membuat pernyataan bahawa imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi membaca al-Quran seperti anjing menyalak.
Lelaki pijak, sepak al-Quran di luar Turkish House, New York
Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.